First Hand Update From My Instagram

Wednesday, January 13, 2010

Pray hard I wouldn't get caught by ISA because of this...

Thanks to my "Hubungan Etnik" lecturer, PM Dr. Hanipah. She force Photobucketus to give comment on "Kontrak sosial" which still a very sensitive issue among Malaysian. I post the comment on her blog, but she have not yet reply. Hope I wouldn't get caught by ISA laterPhotobucket because writing something like this:

Pada pendapat saya, kontrak social adalah sebuah perjanjian “hollow” yang merupakan mainan ahli-ahli politik. Daripada kajian saya, Wikipedia menyatakan bahawa:

“Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah "kontrak sosial" (dari segi hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh…” [dipetik daripada baris 1-3, syarat-syarat Kontrak, Isi Kandungan, Kontrak sosial (Malaysia), dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_sosial_(Malaysia) pada 12/1/2010]

Daripada perenggan di atas, terbuktilan Kontrak sosial bukan sebahagian daripada, akta, undang-udang mahupun perlembagaan Malaysia. Hasilnya, terdapat sebilangan orang yang mempertikaikan kewujudan kontrak tersebut. Jika isu kontrak sosial ditimbulkan, apakah “black and white” and boleh dirujuk?

Kita (rakyat Malaysia) sering mengemukankan isu Kontrak sosial, tetapi adakah kontrak sosial yang dibincangkan pada masa kini sama dangan apa yang dipersetujukan pada masa dulu? Apakah buktinya hak khusus bumiputera pada masa kini sememangnya sama dengan apa yang dijanjikan oleh moyang kita?

Selain itu, Wikipedia juaga menyatakan :

Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan.” [dipetik daripada baris 42-49, syarat-syarat Kontrak, Isi Kandungan, Kontrak sosial (Malaysia), dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_sosial_(Malaysia) pada 12/1/2010]

Adakah perkara yang ditekankan oleh Suruhanjaya Reid dilakuakan pada masa kini? Pada pendapat saya, ia tidak berlaku malah hak tersebut tersebar keluasanya.

. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang.” [dipetik daripada baris 64-69, syarat-syarat Kontrak, Isi Kandungan, Kontrak sosial (Malaysia), dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_sosial_(Malaysia) pada 12/1/2010]

Saya berasa sedih dan kecil hati apabila perkara tersebut berlaka. Sesudah 52 tahun Malaysia merdeka, bangsa saya memiliki darah China masih tidak diangap sebagai sebahagian daripada orang Malaysia. Saya dilahirkan di Malaysia, saya dibesarkan di Malaysia dan mencintai Malaysia sepertimana bumiputera mencintai Malaysia. Kenapa saya masih mempunyai jurang untuk menjadi “orang Malaysia”?

Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman pernah berkata:

"Bagai mereka yang mencintai dan berasi bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu."

Saya berasa seakan ditindas apabila ahli-ahli politik menekankan krontrak sosial sebagai asas hak istimewa bumiputera.

Saya inginkan suatu jawapan, adakah orang yang digelar bumiputera pada masa kini memang orang asli Melayu yang berasal dari tanah Melayu? Kebanyakan orang “Melayu” sebelum merdeka terdiri daripada kacukan orang kepulauan Melayu dan sekelilingnya seperti, Jawa, Banjar, Jambi dsb. Kebanyakan etnik tersebut bukan berasal daripada kawasan Malaysia pada masa kini atau Tanah Melayu pada masa dulu. Adakah mereka boleh digelar orang peri-bumi Tanah Melayu, apabila Tanah Melayu cuba mendapat kemerdekaan? Kenapa rakyat muslim yang mengamalkan adat resam Melayu mampu digelar bumiputera sedangkan nenek moyang meraka tidak berasal dari Tanah Melayu. Kalau keadaan diterbalikkan, kenapa bangsa China dan India yang nenek moyang meraka bukan berasal dari Tanah Melayu tidak boleh digelar peri-bumi/bumiputera?

Takrifan Melayu dari Wikipedia mengatakan bahawa:

Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu.” [dipetik daripada baris 1-2, Melayu, dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu pada 12/1/2010]

Jika orang Melayu disamakan dengan bumiputera, maka seseorang dari Indonesia yang boleh bertutur Bahasa Malaysia dan mengamalkan adat resam orang Melayu, mereka boleh digelar bumiputera Malaysia tetapi bangsa Cina dan India yang telah banyak tahun tinggal dan memberi taat setia yang berbelah bahagi tidak dapat menyentuh gelaran bumiputera?

Berbalik kepada Kontrak sosial dan hak istimewa bumiputera. Dalam society orang Cina, orang Melayu selalu dianggap sebagai bangsa yang tidak dapat bersaing hasil daripada “spoon feeding” kerajaan kepada mereka. Pemimpin-peminpin Melayu telah pun mengenali masalah tersebut dan cuba untuk menperbetulkannya, tetapi tidak mampu berbuat demikian. Bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad mengulas:

Kami telah cuba memberitahu mereka kalau mereka bergantung pada subsidi, mereka akan terus menjadi lemah. Tapi mereka macam tidak faham. Kami memberitahu mereka kalau mereka guna tongkat, mereka tidak boleh berdiri. Buanglah tongkat, berdiri tegak kerana anda masih ada kemampuan itu. Saya pernah cakap tentang ini dan sebagai seorang doktor saya amat tahu maksud tongkat tetapi mereka tetap mahu cari jalan senang.”

Pada pendapt saya, jika Malaysia ingin maju dan berkembang, kita harus menepikan ketuannan bangsa sendiri dan berkerja sama dengan semua bangsa di dalam Negara, untuk mencapai kejayaan. Penghapusan kontrak sosial dan hak istimewa orang Melayu harus dikukus.

Saya ingin tegaskan bicara diatas tidak akan saya hujahkan jika PM Hanipah tidak meminta kami “comment” tentang tajuk tersebut. Saya mengaku bahawa Wikipedia mungkin menbawa “bias” dan menpunyai kesalahan kerana ia boleh ditukar oleh sesiapa sahaja yang mampu mencapai internet. Walaubagaimanapun, saya telah berusaha untuk mencari maklumat tentang tajuk tersebut. Sekiranya hasil kajian saya kurang tepat, saya ingin meminta maaf di sini. Saya juga bukan ingin menimbulkan isu-isu sensif, kerana ini merupakan sebagian daripada kerja khusus yang perlu saya siapkan. Saya tidak akan mengujar kata-kata diatas secara public kerana tidak ingin menhabiskan hidup saya dalam ISA, walaupun ujaran tersebut merupakan suara hati saya.



1 comments:

  1. Too long, I hate reading such a long post. Sorry. Just hope that you would't get caught by ISA.

    Regards from cr3ap
    http://cr3ap85.blogspot.com/

    ReplyDelete